Thu11142019

Last updateMon, 11 Mar 2019 12pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Tareqat Tasauwuf FENOMENA TASAWWUF DAN PERANANNYA DALAM ERA MASA KINI

FENOMENA TASAWWUF DAN PERANANNYA DALAM ERA MASA KINI

 

Sesungguhnya, pada dekad mutakhir ini banyak tohmahan yang dilemparkan terhadap tasawwuf, sama ada daripada kelompok aliran sekular mahu pun individu yang hidup dipasung kebendaan.  Berlandaskan kepada keadaan ini, mereka memandang dan menganggap bahawa tasawwuf hanya menyeru kepada sikap negatif, pesimis, malas, meminggirkan diri dan sebagainya.

 

          Terjahan aliran pemikiran moden, sedikit demi sedikit telah merenggut dan mengheret umat Islam jauh daripada roh Islam.  Fenomena ini, menjadikan golongan yang terjebak merasa terasing dengan Islam yang hakiki dan secara tidak langsung, jadilah Islam yang sebenar itu asing pada mereka.  Islam tidak lagi dilihat sebagai jalan terbaik untuk memandu kehidupan yang sempurna.

 

          Natijahnya, terlalu ramai di kalangan ahli masyarakat yang telah berada jauh dari agama.  Perkataan tasawwuf dan sufi menjadi suatu benda yang asing dan ganjil.  Mereka melihat kehidupan melalui kacamata madiyyah (kebendaan) semata-mata.

 

          Ahli sufi meyakini bahawa seseorang manusia tidak akan dapat keluar dari penjara kebendaan, melainkan dengan kembali kepada kejernihan hati, kemantapan rohani dan nilai-nilai positif lain; yang menjadi bahan pentarbiahan ahli sufi kepada anak-anak murid mereka selama ini.

 

          Tasawwuf berpegang kepada roh agama dan permata aqidah.  Bersesuaian dengan perkara tersebut, Dr. Sa’duddin Sayyid Soleh menulis suara hatinya Musykilaat al Tasawwuf al Mu’asar, di dalam kitabnya

 

          Kami amat memerlukan kepada tasawwuf Islam yang terbit dari al-Quran dan Sunnah, terutamanya pada zaman materialistik ini; yang melazimkan kita menghadapinya dengan pemikiran yang lebih cenderung kepada tuntutan rohani daripada tuntutan jasmani.

 

 

Keperluan kepada tasawwuf :

 

  1. Menularnya gaya pemikiran dan tabiat mementingkan kebendaan dalam kehidupan manusia.  Seseorang tidak akan dapat keluar dari kemelut ini, melainkan jika dia menghadapinya dengan gaya pemikiran sebaliknya, di samping memperkuatkan rohani, memantapkan suluk dan merebahkan keinginan syahwat dengan jalan tasawwuf dan suka untuk melakukan ketaatan agama.
  2. Tasawwuf mengamalkan konsep kejernihan dan kesucian hati dari sebarang kekotoran serta menggalakkan individu menghiasi diri dengan perhiasan akhlak yang mulia dan mujahadah melawan nafsu.
  3. Sesungguhnya, 90% daripada umat Islam dalam beberapa kurun yang lalu mempunyai hubungan yang rapat dengan tasawwuf dan ahlinya.  Penumpuan terhadap tasawwuf sama ada dengan belajar atau mengadakan hubungan dengan ahlinya akan menyampaikan seseorang murid kepada persekitaran dan kedudukan yang tidak mampu dicapai oleh orang lain.
  4. Sistem pentarbiahan Islam amat dituntut dan diperlukan pada masa kini.  Tidak disyaki lagi, bahawa ahli sufi merupakan orang yang berpengalaman dalam arena pentarbiahan, sebagaimana tasawwuf yang mampu memainkan peranan membentuk seorang Muslim yang sempurna dalam setiap aspek.

 

 

          Malah pada zaman ini, peranan tasawwuf amat penting dalam mendepani arus materialistik.  Sejajar dengan itu, Ustaz Said Hawwa mengemukakan di dalam kitabnya Tarbiyatuna al Ruhiyyah H:13 dengan katanya:

 

          Sesungguhnya zaman kami ini adalah zaman kesyahwatan, kerosakkan dan kebendaan yang mesti dibanteras denan alternatif yang lain.  Dengan tegasnya saya menyatakan sesungguhnya hanyalah pentarbiahan tasawwuf yang boleh dijadikan alternatif untuk mengatasi permasalahan ini.  Syahwat tidak akan dapat dibanteras dengan nasihat atau kata-kata sahaja, tetapi ia mesti dibanteras dengan penampilan sikap, persekitaran yang baik dan pentarbiahan.  Manakala kecintaan kepada kebendaan tidak akan dapat dipadamkan dengan kata-kata sahaja tetapi hendaklah dipadamkan dengan perasaan dan kemanisan iman.  Penderhakaan dan pelampauan tidak dapat diubati hanya dengan kata-kata tetapi ia dapat diubati dengan merendahkan diri kepada Allah, ketaqwaan, kewara’an dan adab.  Inilah jalan amali (praktikal) iaitu tasawwuf.

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427